“Elok accident je depa ni” – Pernah anti dengan mat rempit, pandangan lelaki ini terus berubah 360 darjah sampailah…

“Elok accident je depa ni” – Pernah anti dengan mat rempit, pandangan lelaki ini terus berubah 360 darjah sampailah…

Dulu dulu aku cukup anti dengan geng-geng mat rempit. Yang jenis buat stunt angkat tayar depan, superman, dll.

Selalu aku cakap dalam hati elok accident je depa ni semua. Bikin susah semua manusia atas muka bumi je.

Sampai lah pada suatu hari di tahun 2018, ketika aku dalam fasa nak expand business, aku kena cari staff untuk jaga machine sauce.

Aku terus advertise kat FB Group kawasan aku, datang lah seseorang mintak kerja, aku terus amik je sbb desperate nak cari staff time tu.

Budak tu umur baru 18.

Disebabkan kerja yang aku nak pakai time tu tak pakai skill sangat, akupun ambil dia kerja. Maka dia pun start keje dengan aku.

For the first 3 months, aku macam tak layan dia sangat (sebab busy nak pindah kilang masa tu).

Lepas 3 bulan, adalah satu moment tu, aku rasa macam nak breakfast ngan dia satu pagi tu. Ingat lagi makan soto time tu.

Borak punya borak, tulah first time aku save nombor dia dalam phone aku.

And bila aku save nombor dia, kau tau apa terjadi?

Lalu aku pun boleh tengok status whatsapp dia buat kali pertama.

And guess what, whatsapp status mamat tu penuh dengan stunt superman, wheelie, background lagu pulak acah acah techno.

SUMPAHLAH STAFF AKU BUDAK REMPIT?

Aku dah macam.. hahahaha. Terdiam jap.

Tapi aku relax je. Aku punya konsep, janji ko buat kerja ko bagus, perihal luar tempat kerja tu aku takkan kacau.

And setahun pun berlalu, dia masih kerja dengan aku. Bila dah setahun, aku start kenal semua staff dgn lebih mendalam.

Selepas setahun, turn out, dia antara staff yang paling perform time production. Ni adalah Facebook status yang aku tulis pasal dia masa nak expand business dulu.

Dalam setahun tu, dia adalah THE ONLY ONE staff yang tak pernah langsung amik cuti tahun & sentiasa ada diperlukan.

Sampailah satu hari pada hujung tahun 2019, benda aku expect berlaku, berlaku. Mamat tu accident.

Tapi since dia adalah orang kuat aku time tu, perasaan yang dulu mengharap mat rempit accident terus menjadi doa semoga dia selamat.

Tapi kau tau apa, walaupun dia accident, hari itu dia tetap juga datang kerja walaupun kaki tangan penuh calar balar luka.

‘Kalau aku takde sapa yang nak pam sos siak (bahasa orang Melaka)’

Dalam hati aku time tu, terus berubah 360 darjah pandangan terhadap mat motor:-

Sometimes, main motor tu adalah escape dia dari realiti dunia. Tak semua manusia dilahirkan dalam keluarga yang sempurna.

Sejak tu terus rajin borak ngan dia, baru tau mak dia meninggal sebab kanser. Ayah dia kahwin lain. Dia kena duduk dengan nenek. Makan minum kena cari sendiri time sekolah. Kerja kontrak angkat simen time SPM.

Selepas 2 tahun, slowly aku upgrade dia. From handling machine, aku start suruh dia cover buat job lain (procurement, etc).

Lepastu aku start ajak dia pergi travel Pahang, KL, Tganu untuk merchandise outlet. Invoice, billing semua aku ajar. Sehari dia dah pickup. Kagum aku.

Tanya jugak, kenapa invoice ni semua ko boleh faham tapi SPM Failed? Dia jawab cikgu tak best. Hahaha.

Kata dia, ‘Pastu aku seronok dapat jalan jalan jauh. Aku paling jauh pernah gi Port Dickson je.’

Rupanya trip kerja pun dia rasa macam pergi bercuti.

Tahun lepas bila Lockdown PKP 1.0, chat dia antara sebab aku rasa nak push fight untuk business walaupun rasa nak give up tinggi gila time tu.

Sampailah pagi ini (25 June 2021):

Dia banyak kali berkeras nak amik aku ke tempat kerja guna kereta yang dia baru beli guna simpanan duit kerja.

‘Ko kena rasa kereta aku, asyik aku je naik kau’

Akupun tunggu lah kat rumah nak naik kereta baru.

Bukan main bangga mamat tu ada kereta sendiri sekarang. Kereta pun siap ada aircond xyah bukak tingkap katanya hahaha.

I guess this is untold journey of entrepreneurship. When you witnessing the people under you grow from nothing to something.

To many more journeys ahead.

Sumber: @HaridzRosli