Elak timbul rasa riak, Andika Putera buang tanda hitam di dahi

Pempengaruh, Andika Putera buang tanda hitam di dahi susulan enggan digelar riak selepas mendapat rujukan daripada ustaz.
Menerusi perkongsian di media sosial, Andika memuat naik momen sewaktu hadir ke sebuah klinik kecantikan bagi membuat rawatan agar tanda di dahinya dapat dihilangkan.
@andikaputeraa Treatment buang dahi hitam. Sebenarnya ni bukan treatment yang pertama kali Dika buat. Sebelum ni pun pernah juga Dika buat beberapa kali. Tapi kesan hitam tu tak hilang sepenuhnya sampai ada timbul orang cakap yang Dika sengaja hitamkan dahi ni š š. So, harini Dika datang lagi dekat Vogue Clinic di Ampang ni untuk buat lagi treatment dekat dahi Dika. Hopefully selepas seminggu ada improvement yang baik dekat dahi Dika ni. Komen āā¤ļøā¤ļøā¤ļøā kalau korang suka facialšš» #treatment #facial #fyp #viral #tiktok
Menurutnya, dia sudah beberapa kali melakukan rawatan tersebut namun masih lagi kesan hitam berkenaan tidak hilang.
Dia juga mengakui ada pihak menuduhnya sengaja menghitamkan dahi menggunakanĀ marker penĀ agar terlihat lebih jelas.
Doktor kecantikan yang memberikan rawatan kepada Andika memaklumkan antara punca dahi menjadi hitam adalah disebabkan sujud ketika beribadah.
āDari segi agama tu, biasanya disebabkan tekanan ketika sujud. Apabila tunduk, dahi akan mengalami sedikit keradangan.
āKadang-kadang bila terkena kulit, ia akan menyebabkan kecederaan. Bila ada luka, badan akanĀ bila ada luka, badan kita akan repairĀ cell generate kulit kita yang baru.
āTapi masa tu dia tumbuh kulit akan lebih sensitif. bila kena matahari dia akan jadi gelapā¦ā jelas doktor.
Perkongsian yang dibuat pempengaruh tersebut telah menghadirkan pelbagai komen daripada netizen. Ada di antara mereka menyatakan punca dahi hitam disebabkan salah ketika melakukan sujud dan juga kerana kulit kita terlalu sensitif.
Ada juga yang memerli Andika memintanya untuk menjelaskan situasi dahi menggunakan papan putih sama seperti video sewaktu memberi penjelasan berhubung kisah rumah tangganya.
Terdahulu, nama Andika Putera telah menjadi topik perbualan ramai selepas bekas isteri, Ananda Natasha mendedahkan tentang beberapa masalah berkaitan rumah tangga mereka sebelum ini.
Walau bagaimanapun, pempengaruh berkenaan sudah memberi penjelasan menggunakan papan putih serta membuat permohonan maaf kepada semua berkaitan beberapa isu dan sudah berhubung dengan peguam untuk membawa perkara tersebut untuk diadili secara undang-undang.