Elak pelajar tercicir, Perak tidak akan tutup sekolah

Elak pelajar tercicir, Perak tidak akan tutup sekolah

 

Sekolah di negeri ini tidak akan ditutup meskipun kes harian Covid-19 mencatatkan peningkatan bagi mengelak murid ketinggalan dalam pelajaran.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya sentiasa mengambil maklum keresahan dan pandangan ibu bapa pelajar berkenaan perkara terbabit.

Bagaimana pun katanya, kuasa untuk menutup sekolah adalah di bawah Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdasarkan situasi berbahaya semasa.

“Kita berhasrat untuk membuka sekolah seperti biasa dan kita tidak mampu untuk menutup sekolah kerana saya menerima laporan ramai pelajar sudah tidak minat ke sekolah.

“Saya nak ambil kesempatan ini mengajak semua agar sentiasa berwaspada kerana kalau sekolah tutup sekali lagi pelajar akan keciciran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Smart G-Tuisyen dan Program Makanan Percuma Kelas Peperiksaan 2021 di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani di Hotel Casuarina, Meru, di sini, hari ini.