Elak ditangkap, pemuda solat 10 rakaat selepas ‘kantoi’ mencuri di masjid

Elak ditangkap, pemuda solat 10 rakaat selepas ‘kantoi’ mencuri di masjid

 

Keterdesakan hidup seseorang membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup dan ia termasuklah mencuri.

Secara dasarnya ia memang salah, namun ada kemungkinan mereka tiada pilihan menyebabkana mereka terdorong untuk berbuat demikian.

Solat 10 rakaat elak ditangkap jemaah

Meskipun begitu, jangan tidak tahu bahawa dari sudut hati mereka yang paling dalam pasti ada rasa takut sepertimana yang menimpa pemuda ini.

Menurut sumber, kegiatannya mencuri di dalam masjid berjaya dihidu oleh jemaah yang berada di situ.

Disebabkan kejadian itu, dia dikhabarkan telah mendirikan solat sebanyak 10 rakaat sekaligus bagi melengahkan jemaah untuk menangkapnya.

Pemuda jadi bahan tawa

Bagaimanapun, tindakannya berbuat demikian mengundang tawa dalam kalangan warganet bilamana rata-ratanya memenuhi ruangan komen dengan pelbagai respon dan emoji ketawa.

“Dia bersihkan dosa”

“Mesti dia rasa itu rakaat paling lama”