Ekoran kekalahan berturut-turut Perak FC, adakah benar dakwaan beberapa pemain berkomplot memulau Chong Yee Fatt?

Ekoran kekalahan berturut-turut Perak FC, adakah benar dakwaan beberapa pemain berkomplot memulau Chong Yee Fatt?

Pengurusan Perak FC dikhabarkan mungkin akan mengambil beberapa tindakan drastik antara nya melepaskan beberapa pemain utama yang berprofil tinggi atau mungkin menamatkan kontrak pemain import yang difikirkan tidak menunjukkan aksi setimpal gaji lumayan yang diterima setiap bulan.

Ada pemain yang mengkritik cara jurulatih menyusun kesebelasan utama pasukan & tidak selesa bermain di posisi yang baru, berbeza dari susunan pemain yang dilakukan jurulatih Mehmet Durakovic sebelum ini, beberapa pemain yang dikatakan tersebut melakukan protes dengan bermain sambil lewa supaya Perak tidak menang dengan harapan pengurusan akur dan akan menukar jurulatih yang baru untuk pasukan Perak.

Sangat sukar untuk mencari jurulatih yang memegang lesen pro diploma Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) seperti yang ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kebanyakan nya sudah memiliki pasukan & jika ada sekalipun, mereka telah meletakkan bayaran yang mahal kerana melihat akan keadaan Perak yang mungkin terdesak menggunakan khidmat mereka.

Ada pemain yang turun bermain kerana disuruh bermain, tetapi untuk menghasilkan kemenangan, malah seri sekali pun bukan sesuatu yang diutamakan, mungkin mereka tertekan dengan isu gaji yang masih tertunggak tapi harus diingat gaji barisan kejurulatihan juga masih tidak dibayar seperti mereka, baru2 ini penyokong bising ketika melihat jurulatih hanya duduk dan diam melihat kekalahan pasukan, bayangkan jurulatih sebenarnya sudah mengetahui situasi sebenar sebelum perlawanan dimulakan, adakah ini adil untuk semua?

Namun difahamkan, masih ada 2-3 pemain yang masih setia & meletakkan nilai maruah negeri setiap kali turun bermain, mereka juga mengetahui apa yang berlaku dalam pasukan, namun sebagai anak Perak perasaan mana mungkin untuk mengkhianati pasukan sangat menebal. Sebagai seorang pemain profesional perkara bodoh ini sepatutnya tidak berlaku dikalangan pemain, patutlah pemain2 ini disingkirkan pasukan mereka kerana parasit seperti mereka sangat berbahaya jika terlalu lama dalam sesebuah pasukan.

Perak FC dilihat hampir pasti mengikat penyerang import dari Ghana, Nana Poku bagi menambah kekuatan pasukan di bahagian serangan setelah pemain itu dikhabarkan mengalami sedikit kesulitan di UiTM FC & pengurusan UiTM FC telah mengambil keputusan bersama bagi menamatkan kontrak pemain itu lebih awal supaya pemain tersebut dapat menyertai pasukan baru pada jendela perpindahan kedua pemain yang bermula pada Isnin.

Juga kedengaran desas desus beberapa pemain import lagi bakal membuat percubaan dalam kem pasukan Perak bagi mengukuhkan pasukan di posisi pertahanan untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan pemain sedia ada & mungkin untuk menggantikan penyerang pasukan negara yang akan dipinjam kan ke pasukan Perak 2 untuk baki saingan Liga Super & pertandingan Piala Malaysia kelak

-sumber tidak rasmi-

Silver Retro