Ekor Harimau Malaya gamatkan suasana di Qatar dengan paluan kompang

Ekor Harimau Malaya gamatkan suasana di Qatar dengan paluan kompang

 

Kehangatan saingan Piala Asia Qatar 2023 semakin dirasai apabila ia membuka tirai pada 12 Januari lalu. Sudah tentunya ramai peminat bola sepak dari seluruh dunia tidak terlepas untuk menyaksikan kejohanan ini.

Selain mengumpulkan 24 pasukan terbaik di Asia berentap di bawah satu kejohanan, pelbagai keunikan budaya dan adat dapat disaksikan menerusi negara-negara yang terlibat.

Antaranya penyokong pasukan Malaysia yang sudah tidak sabar menantikan pasukan kesayangan mereka berentap pada awal pagi nanti.

Dalam rakaman tular di media sosial memaparkan “ekor” Harimau Malaya itu mempersembahkan sorakan dipercayai di sekitar perkarangan Stadium Al Janoub, Qatar sebagai bukti sokongan mereka.

Menariknya, nyanyian dan sorakan itu disertakan alat muzik tradisional masyarakat tempatan, kompang yang bergema di ruang laluan tersebut.

Bukan itu sahaja, sebahagian daripada penyokong turut mengenakan jersi Malaysia dan tanjak sambil mengibarkan bendera kebangsaan serta mafla.

Lautan Kuning Hitam

Orang ramai dan komuniti tempatan turut tidak melepaskan peluang menyaksikan lautan “Kuning Hitam” meriahkan lagi kejohanan bola sepak itu secara aman.

Rata-rata mereka dilihat merakam dan melihat dari tepi Ultras Malaya yang mendendangkan nyanyian bersama alat muzik itu di jalanan.

@chalzrafael84

Piala Asia 2024 Ekor Harimau Malaya kini berada di Qatar #fyp #fypシ #AsianCup2023 #harimaumalaya #pialaasia2024

♬ original sound – Rizal Rafael – Rizal Rafael