Ejen hartanah dipuji buat ‘review’ jujur rumah yang mahu dijual pada harga serendah RM120,000

Ejen hartanah dipuji buat ‘review’ jujur rumah yang mahu dijual pada harga serendah RM120,000

 

Ejen hartanah dipuji buat ‘review’ jujur rumah yang mahu dijual pada harga serendah RM120,000

Dengan kos sara hidup yang tinggi, secara realistiknya golongan berpendapatan rendah bakal mencari rumah bajet untuk mendapatkan tempat berteduh yang selesa.

Jadi, wujud sejumlah video yang memperlihatkan keadaan rumah bajet murah yang boleh didapatkan buat mereka yang berminat.

Seorang ejen hartanah telah memuat naik ulasan mengenai sebuah kediaman di pangsapuri Seri Era yang bertempat di Shah Alam yang mahu dijual pada harga serendah RM120,000 sahaja.

Rumah yang dijual mempunyai keluasan 687 kaki persegi di samping memiliki tiga buah bilik dengan dua bilik air yang cukup selesa untuk yang bekeluarga kecil.
Keadaan di dalam rumah juga masih teratur dan bersih setakat dilihat menerusi video tersebut. Sedikit kerugian walaupun kedudukan rumah sudah strategik kerana berdekatan dengan lift tetapi tidak boleh digunakan kerana penduduk tidak membayar kos seliaan.

Namun apa yang mencuri perhatian netizen yang menonton video ‘review’ itu adalah keadaan persekitaran di kejiranan yang sangat kotor.

Tiada berselindung, ejen hartanah itu memperlihatkan sampah-sarap yang bertaburan di atas rumput dipercayai berpunca daripada penduduk sendiri yang membuangnya sesuka hati.

Lihat dari video sahaja kita boleh menggambarkan betapa busuknya persekitaran di situ apatah lagi penduduk yang menghadapnya setiap hari lebih-lebih lagi yang berada di tingkat bawah.

@ceritaharta

Kunci ada nak view anytime boleh 😊👌🏼 #fyp

♬ original sound – Kimz_. – Djremixkimz×፝֟͜✧

Susulan itu, ramai memuji kejujuran yang ditampilkan oleh ejen hartanah berkenaan kerana menunjukkan realiti sebenar rumah yang mahu dijualnya.

Bagi netizen, kebanyakkan ejen hartanah di luar sana lebih gemar menceritakan segala perkara positif berkaitan rumah yang dijual kerana mahu meraih keuntungan semata-mata.

“Lebih baik review jujur macam ni dari menipu bakal pelanggan”, kata seorang netizen.

“Memang penjual paling jujur takde lindung-lindung”, puji seorang lagi.

“Untung beli rumah ni tong sampah besar”, seloroh seorang netizen lain.

Dalam pada itu, ramai juga meluahkan rasa kekecewaan dengan sikap warga setempat yang tidak menjaga kebersihan kejiranan serta enggan membayar kos selia sekaligus gagal menikmati persekitaran yang kondusif.