Ehang syarikat dron teksi udara pertama dapat kebenaran beroperasi di China

Ehang merupakan salah syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan dron atau teksi-udara, atau turut dipanggil beberapa orang sebagai kereta-terbang.
Pelbagai model telah diperlihatkan, termasuk membuat ujian membawa manusia dalam penerbangan.
Terbaru, Ehang telah menerima kebenaran operasi di China, untuk dron EH216-S AAV, yang boleh membawa dua orang manusia pada satu-satu masa.
Ini sekaligus menjadikan Ehang sebagai syarikat pertama yang menerima kebenaran operasi berkenaan di China.
Dengan langkah ini juga, ia sekaligus akan memperlihatkan perlumbaan dalam arena teksi-udara akan terus meningkat dalam tahun-tahun akan datang, dan mungkin kita akan melihat ia terus diperluaskan dalam dekad akan datang ini.
Mengikut perkongsian Ehang sendiri, mereka menyasarkan teksi-udara menjadi salah satu kebiasaan antara bandar dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Untuk makluman, Malaysia juga merupakan salah satu pelanggan utama untuk Ehang, melalui syarikat Aerotree.
Disamping itu, beberapa negara lain yang turut akan membeli dron teksi-udara Ehang ini adalah AirX dari Jepun, dan Prestige dari Indonesia.
Sebelum ini, ia turut pernah dipertontonkan dron Ehang di Malaysia, sebagai antara potensi penawaran kereta terbang pertama di Malaysia.