Dun Perak lulus RUU had umur bertanding DUN sehingga 18 tahun

Dun Perak lulus RUU had umur bertanding DUN sehingga 18 tahun

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak (Bahagian Pertama) (Pindaan) 2020 untuk menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi calon ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

RUU itu yang bertujuan meminda Perkara 30 Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak (Bahagian Pertama) dibentangkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang juga Adun Chenderiang, sebelum diluluskan sebulat suara selepas dibahaskan oleh empat Adun, masing-masing dua daripada blok kerajaan dan pembangkang.

 

Sumber: The Malaysian Insight