DUN Perak hanya bersidang 5 minit

DUN Perak hanya bersidang 5 minit

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguhkan lagi kerana masih belum ada kerajaan negeri.

Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid mempengerusikan persidangan hari ini seperti yang dijadualkan dan sebelum mengumumkan penangguhan persidangan lima minit kemudian.

“Memandangkan agenda berikutnya adalah Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 tidak dapat diteruskan berdasarkan Artikel 38 (2) perlembagaan Perak dan berdasarkan situasi sekarang, persidangan akan ditangguhkan hingga 16 Disember, 2.30 petang,” katanya.

Antara Adun yang tidak hadir persidangan selama lima minit hari ini adalah:

Abdul Yunus Jamahri (Bersatu-Kuala Kurau)
Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Bersatu-Tulang Sekah)
Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-Chenderiang)
Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik)
Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol)
Mohd Akmal Kamaruddin (PAS-Selama)
Khalil Yahaya (PAS-Kubu Gajah)
Sivasubramaniam (Gerakan-Buntong)
Paul Yong Choo Kiong (Bebas-Tronoh)
Nga Kor Ming (DAP-Aulong)

Razman dipercayai dipanggil ke Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak sementara kelibat Nga dilihat di Parlimen.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/554508?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook