“Dulu benci, sekarang kahwin dengan orang Kelantan” – Netizen titip pesanan buat Caprice

“Dulu benci, sekarang kahwin dengan orang Kelantan” – Netizen titip pesanan buat Caprice

 

Penyanyi rap Caprice mengejutkan industri seni apabila dia disahkan telah berkahwin dengan seorang ibu tunggal anak satu pada Selasa.

Caprice Berkahwin Dengan Ibu Tunggal Anak Satu

Difahamkan, wanita yang berjaya menawan hati Caprice itu dikenali sebagai Farra Inalis Hussni atau selesa disapa sebagai Elis dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Mempunyai seorang cahaya mata perempuan berusia 7 tahun, Elis juga sohor di laman Instagram dengan jumlah pengikut sebanyak 116 ribu.

Kongsi Kembali Tangkap Layar Kenyataan Caprice Mengenai Kelantan 

Di sebalik gambar majlis pernikahan mereka yang tular di media sosial, netizen turut berkongsi kembali tangkap layar video kenyataan Caprice atau nama sebenarnya Ariz bin Ramli,33 suatu ketika dahulu tanggapannya mengenai mereka yang berasal daripada Kelantan.

Dalam sebuah ciapan yang mendapat lebih enam ribu ulang kicau serta 10 ribu tanda suka, netizen tersebut berpesan untuk tidak membenci seseorang itu terlalu mendalam kerana kelak siapa sangka akan menjadi jodoh mahupun suka padanya.

“Sebab itu jangan terlalu benci, nanti lama lama suka” ciapnya sambil berkongsi tangkap layar kenyataan Caprice sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai tanggapan diberikan oleh pengguna lain selain turut berseloroh mengenai tangkap layar tersebut.

Mengenai gambar perkahwinan Caprice, ia mula tular selepas dikongsi anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz di Instagram Story.

Memetik portal Murai, Caprice dan Elis hanya mengambil masa tidak sampai setahun untuk mengenali hati budi sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.