“Dulu ada, disuruh pergi ” – Hidup gembira di Australia, Sajat tak nak balik Malaysia

“Dulu ada, disuruh pergi ” – Hidup gembira di Australia, Sajat tak nak balik Malaysia

 

“Betul, rumah saya memang dilelong.”

Demikian kata ahli perniagaan Nur Sajat mengenai banglo miliknya yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor itu akan dilelong dengan harga RM4.68 juta pada 13 Mei depan

Nur Sajat, 39, berkata, tindakan itu dibuat selepas mengambil keputusan untuk tinggal di Australia.

“Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia), jadi lelonglah. Memang betullah tu nak kena lelong.

“Sedih? Buat apa nak sedih. Kita (saya) duduk luar negara, gembira di sini,” katanya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok @nursajatlegacymy , Sajat yang juga penyanyi lagu Bobo Di Mana mendedahkan semua harta miliknya sudah tiada.

“Bukan setakat rumah kena lelong, kereta pun dah tiada. Apa pun sudah tak ada. Jadi, nak suruh saya balik buat apa? Memang tidak dah lah.

“Saya sudah tinggal di sini, buat apa nak fikir lagi duduk di Malaysia. Bukan boleh balik pun. Dulu ada, disuruh pergi saja. Sudah keluar Malaysia nak suruh balik pula, kenapa?

“Biarlah saya hidup dengan gembira di sini. Walaupun kita jauh di mata, tapi dekat di hati. Anda saja duduk di Malaysia, seronok hidup di Malaysia tu. Orang macam saya ini, tak seronok duduk Malaysia. Macam anda, lelaki, perempuan seronoklah. Duduk saja,” katanya.

Perkongsian itu bagi menjawab pertanyaan pengguna TikTok yang sedang menyaksikan sesi siaran langsung dibuat Sajat.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan kediaman Sajat bakal dilelong oleh pihak bank dengan harga RM4.68 juta.

Menerusi hantaran seorang ejen hartanah, rumah itu pada asalnya dijual dengan harga RM9 juta.

“Selepas berhijrah ke Australia, Nur Sajat nak jual rumah ini RM9 juta lebih. Sekarang, rumah ini dilelong bank pada harga RM4.68 juta saja,” tulis ejen itu.