Duduk satu rumah, bilik asing buat konten, Ustazah Asma’ Harun tegur team influencer

Duduk satu rumah, bilik asing buat konten, Ustazah Asma’ Harun tegur team influencer

 

Ketika ini dilihat pempengaruh banyak menggunakan konten drama sebagai satu tarikan. Drama-drama diketengahkan pula ada yang menyentuh perasaan. Tetapi ada juga seolah sengaja mencari tarikan dengan memaparkan adegan yang tidak sepatutnya.

Menerusi beberapa tinjauan di kebanyakan konten pempengaruh, mereka menggunakan rumah sebagai lokasi untuk mereka menghasilkan konten.

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun bagaimanapun mengecam tindakan pempengaruh yang menghasilkan konten di lokasi yang tidak bersesuaian apatah lagi adanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

@yuslineylin

Bila kemaksiatan dilakukan secara terbuka .. maksiat berleluasa #ustazah_asma_harun♥️ #dakwah_kerana_allah♥️

♬ bunyi asal – 🇲🇾يوسلينيلين♥️ – 🇲🇾يوسلينيلين♥️

“Saya nak sangat berjumpa dengan team influencer yang masih duduk satu rumah. Buat content kejap bercinta, kejap putus cinta. Duduk satu rumah, bilik asing buat content. Ramai pulak yang tengok termasuk remaja.

“Perbuatan anda adalah perbuatan diharamkan oleh Allah. Perbuatan yang membawa kepada maksiat dan membawa muda-mudi hidup dalam khayalan,” katanya.

Dalam pada itu, Ustazah Asma; Harun juga memetik satu hadis yang berkait dengan pengaruh yang dibawa oleh individu.

“Barang siapa yang menganjurkan satu kebaikan, lalu orang nampak dan contohi perkara tersebut, dia akan mendapat pahala seperti mana orang tu buat.

“Tetapi barang siapa yang melakukan keburukan lalu diikuti, dia akan menanggung setiap dosa yang orang lain buat,” katanya.