“Dudaku nikah kali ke-8” – Bekas isteri dedah sejak 2012 tuntutan nafkah anak belum selesai
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.
Tidak kisah berkahwin kali ke berapa andai sudah tiada jodoh. Tapi mengabaikan nafkah anak dan berkahwin beberapa kali adalah sesuatu yang dirasakan kurang sesuai kerana ada hak anak yang diabaikan.
Ucapan “Dudaku Nikah Kali Ke-8”
Perkongsian seorang wanita, Raudhatul Irma Jamaluddin di Tik Toknya @teh_dan_tat yang mengucapkan “tahniah” di atas perkahwinan bekas suaminya, dikenali sebagai Dato Rizal Dahlan pada 16 Oktober lalu mengundang tanya tanda ramai.
Di akaun Tik Toknya itu, Irma menulis caption “Dudaku #nikah lagi. #perkahwinan kali kelapan kalau tak silap buat #pengantin lelaki, pengantin perempuan pula sah bermadu tiga. Majlis yang sangat meriah, harapnya anak-anak yang bersepah tak terus terabai #nafkah.
@teh_dan_tat Dudaku #nikah lagi. #perkahwinan kali kelapan kalau tak silap buat #pengantin lelaki, pengantin perempuan pula sah bermadu tiga. Majlis yang sangat meriah, harapnya anak-anak yang bersepah tak terus terabai nafkah.
Kisah tuntutan nafkahnya pada bekas duda ini pernah viral pada 2012 dahulu. Dia pernah berkahwin dengan lelaki ini, Fauzul Rizal Dahlan (sebelum memperoleh datuk). Irma menjelaskan dia dikurniakan dua orang anak, seorang lelaki dan perempuan.
Pada 2012 dahulu, dirinya memilih mencari “bekas suami” di media sosial dan mendakwa suaminya sudah berkali-kali menunaikan umrah dan mengadakan sambutan hari jadi yang meriah untuk isterinya tetapi bab nafkah dua anaknya diabaikan.
Jalan terakhir ialah dirinya meminta kuasa viral untuk mencari bekas suaminya itu di media sosial selepas lelaki berkenaan tidak menyelesaikan bayaran nafkah yang tertunggak.
Di perkongsian Tik Toknya dua hari lalu, kata Irma bekas suaminya sudah berkahwin kali kelapan di mana tiga darinya masih kekal dan lima darinya sudah bercerai termasuk dirinya. Namun bab nafkah bersama anak-anak masih belum diselesaikan lagi hingga kini.
Barangkali bagi sesetengah orang, berkahwin banyak mungkin membuatkan ramai pening tapi ada sesetengah orang berkahwin banyak bagaikan satu “passion” bagi mereka. Tidak kisah berkahwin banyak kali mana pun tapi hak anak-anak harus dijaga.
Dalam pada itu, pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz, Hassan Mahmud menjelaskan, nafkah merupakan kewajipan ayah kepada anak berdasarkan kemampuannya. Ia perlu diberikan sehinggalah darah dagingnya itu berkahwin.
“Andai kata, sebelum tempoh berkenaan, ibu bapanya berpisah dan tidak duduk sekali, si bapa masih bertanggungjawab memberi nafkah.
“Ia bukan melibatkan nafkah belanja saja, tetapi juga nafkah pelajaran, dari segi keselamatan, tempat tinggal, wang ringgit dan satu lagi adalah nafkah kasih sayang. Ia tak boleh putus, (ayah) kena hubungi dan jumpa dengan anaknya.
“Ingatlah, dia (ayah) cuma berpisah dengan ibunya, tapi tidak dengan anak. Pendek kata, dengan anak, dia langsung tak terputus hubungan,“ tegasnya.
Hassan Mahmud menjelaskan: “Jika nafkah anak tidak dibayar, ia bukan saja jadi hutang di akhirat. Di dunia pun, bapa tadi boleh kena hukuman jika ingkar perintah mahkamah, tegasnya.