Dua wanita nak berubat dicabul ‘ustaz’ di bilik berasingan

Dua wanita nak berubat dicabul ‘ustaz’ di bilik berasingan

 

Satu tragedi hitam dialami seorang wanita bersama adik iparnya apabila mereka pergi ke rumah seorang lelaki warga Indonesia yang menggelarkan diri sebagai ‘ustaz’ ‘ untuk menerima rawatan, namun menjadi mangsa cabul.

Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian, mangsa menyatakan dirinya berada dalam keadaan separuh sedar sebelum dia beredar dari kediaman tersebut.

Tidak berdiam diri, wanita tersebut segera membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak.

Menurut sumber, mangsa, 25 bersama adik iparnya, 20, ke rumah ustaz tersebut untuk meneruskan rawatan kali ketiga.

Tambahnya lagi, suspek membawa mereka ke bilik yang berasingan sebelum mula mencabul mangsa.

Mereka dibawa ke bilik berasingan oleh suspek sebelum menjadi mangsa cabul lelaki itu.

Ia adalah kejadian kali pertama dicabul ketika menerima rawatan dengan suspek.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.