Dua tahun wanita jadi tak waras, rupanya kontraktor tanam sihir dalam mozek tandas

Dua tahun wanita jadi tak waras, rupanya kontraktor tanam sihir dalam mozek tandas

 

Dalam diam-diam, terkadang ada orang yang dengki dengan kehidupan kita sehingga tergamak melakukan benda khurafat.

Meskipun dunia semakin moden, amalan sihir atau santau masih lagi menjadi kepercayaan segelintir orang hanya semata-mata mahu memuaskan amarah diri sendiri.

Setelah kami scan, ada aura buhul dalam mozek simen

Menerusi kisah yang dikongsikan oleh sebuah pusat rawatan Islam baru-baru ini, katanya seorang individu mengalami buatan sihir daripada kontraktor binaan rumahnya sendiri yang didakwa warga Indonesia.

Difahamkan, sudah 2 tahun ada sesuatu ‘benda’ ditanamkan dalam kawasan tandas rumah batu terbabit.

Setelah diruqyah, jin itu bongkarkan semua yang dibuat olehnya

Mahu atau tidak, ustaz-ustaz ini bersama bantuan orang kampung terpaksa memecahkan mozek di penjuru bilik air tersebut menggunakan mesin khas.

Semakin dalam ia dikorek, semakin kuat aura buhul (simpulan/ikatan) dapat dirasakan termasuklah di luar kawasan rumah.

Tiba-tiba, tuan rumah mula berteriak kuat dan menunjukkan gerak-geri aneh seakan-akan sedang dirasuk sesuatu.

Selama 2 tahun tuan rumah seakan menjadi tak waras akibat sihir

Setelah ustaz menjalankan rawatan ruqyah, wanita berkenaan yang dikawal ‘benda lain’ bergerak pula ke kawasan tandas tadi untuk mengambil semula apa yang sudah ditanam.

Sepanjang 2 tahun ini, kehidupan tuan rumah penuh dengan penderitaan dan seakan menjadi tidak waras gara-gara sihir terbabit.

@pusatrawatanattaqwa

Menyelam sambil minum air, inilah yang terjadi pada ahli keluarga ini. Sihir dilakukan oleh seorang warga indonesia iaitu tukang rumah ini. Selama 2 tahun wanita hilang kewarasan akibat sihir. #fyp #sihir

♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator