Dua pulau bersebelahan tetapi miliki perbezaan waktu 21 jam
Dua pulau di Lautan Pasifik memiliki perbezaan waktu sangat ketara selama 21 jam walaupun terpisah cuma 5 kilometer.
Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna TikTok yang berkata, jurang waktu itu kerana Pulau Diomede Besar dan Diomede Kecil berada di Garisan Tarikh Antarabangsa.
Menurut akhbar Daily Star kelmarin, garisan khayalan antara dua pulau itu bermula di Kutub Utara hingga Kutub Selatan dan digunakan untuk menandakan waktu di seluruh dunia.
Putaran masa di Pulau Diomede Besar dianggarkan 20 jam atau hampir sehari lebih awal berbanding Pulau Diomede Kecil.
Kepulauan itu terletak di Selat Bering di antara Alaska dan Siberia dengan pulau lebih besar berada milik Rusia dan pulau kecil termasuk dalam sempadan Amerika Syarikat (AS).
“Ada beberapa tempat aneh di dunia. Ini Kepulauan Diomede dan ia terletak betul-betul di atas Garisan Tarikh Antarabangsa.
“Kedua-dua pulau mempunyai perbezaan waktu 20 jam walaupun jarak antara satu sama lain hanya 5 kilometer,” demikian penerangan video TikTok.
Pulau itu dinamakan sempena mubaligh Yunani, Saint Diomedes.
Pelayar Rusia, Vitus Bering menemui kepulauan itu pada 16 Ogos 1728, tarikh Gereja Ortodoks Rusia meraikan hari Saint Diomedes.
Pulau Diomede Besar tidak berpenghuni, manakala Diomede Kecil mempunyai populasi sekitar 110 orang. – Agensi, KO