Dua maut kereta rempuh treler

Dua maut kereta rempuh treler

 

Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Kilometer 362.8 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah pemandu dan penumpang Proton Waja selepas kereta itu merempuh bahagian belakang treler dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler dan kelindannya tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu dan penumpang Proton Wajaya kedua-duanya terperosok di tempat duduk masing-masing dan pihak bomba terpaksa mengeluarkan mereka yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, maklumat Twitter @LLMinfotrafik memaklumkan kemalangan itu menyebabkan kesesakan sepanjang 1.5 kilometer dari Slim River ke Sungkai.