Dua lelaki didenda RM1,000 kerana buka ‘mask’ untuk minum air

Dua lelaki didenda RM1,000 kerana buka ‘mask’ untuk minum air

Dua penunggang motosikal didenda RM1,000 setiap seorang kerana menanggalkan pelitup muka untuk minum air di Daerah Kerian, Parit Buntar, Perak.

Menurut Sin Chew Daily, kedua-dua individu itu menunggang motosikal untuk menghantar rakan mereka ke pusat membeli-belah sebelum menunggu di jalan bertentangan berdekatan dengan premis.

Sedang menunggu, mereka membeli dua minuman sebelum menarik pelitup muka ke bahagian dagu untuk minum. Selesai minum, mereka didapati gagal untuk menarik pelitup muka kembali kepada keadaan asal.

Tidak lama kemudian, mereka dihampiri oleh tiga orang lelaki. Kedua-dua penunggang motosikal kemudian didapati bersalah kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Difahamkan, dua daripada lelaki terbabit tidak memakai pakaian polis namun menyatakan bahawa mereka adalah pegawai polis. Manakala seorang lagi telah menunjukkan kad mereka sebelum membawa kedua-dua penunggang motosikal itu ke ibu pejabat polis Daerah Kerian.

Kedua-dua penunggang motosikal itu kemudiannya dikenakan denda RM1,000.

Sumber: The Vocket