Dua individu dituduh kes seleweng geran MITRA di mahkamah Ipoh & Kuala Lumpur

Dua individu dituduh kes seleweng geran MITRA di mahkamah Ipoh & Kuala Lumpur

 

Dua individu dipercayai pemilik entiti yang memperoleh geran penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), akan dituduh di dua mahkamah berasingan di Ipoh, Perak dan ibu negara, esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pihaknya sudah menyiapkan pendakwaan terhadap sekurang-kurangnya 10 syarikat.

“Kita kemukakan kepada pihak Pengarah Perundangan dan Pendakwaan untuk tindakan seterusnya manakala dua individu akan dituduh esok di Ipoh dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menerusi MITRA 2.0, katanya, sebanyak 27 entiti termasuk syarikat, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) disiasat.