‘Dua-dua panik’ – Pencuri motosikal gelabah cabut lari selepas terkantoi dengan tuan rumah

‘Dua-dua panik’ – Pencuri motosikal gelabah cabut lari selepas terkantoi dengan tuan rumah

 

Kecurian ini boleh berlaku pada bila-bila masa meskipun di hari yang cerah seperti waktu siang. Malah, kejadian ini juga boleh berlaku tanpa dijangka sudah dijaga dengan selamat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok Malaysia Update News memaparkan rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kawasan rumah.

Dalam video tersebut dapat dilihat dua orang lelaki duduk di atas motorsikal masing-masing namun siapa sangka salah seorang darinya merupakan pencuri.

@malaysianupdatenews

Dua-dua panik 🤣 #malaysianupdate #videoviral #luarnegara

♬ Panik Gak – DJ Cantik

Rakaman video berdurasi sembilan saat itu dapat juga memaparkan momen dua lelaki berkenaan terkejut membuatkan pencuri tersebut berlari dan meninggalkan motorsikal yang ingin dicuri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat momen tersebut. Malah mereka juga berseloroh bahawa lelaki berkenaan agak berlagak menjadi hero apabila berkongsi cerita kelak.

Masing-masing opocot

Nanti berlagak jadi hero

Sama-sama takut