Dua daerah terjejas banjir di Perak

Dua daerah terjejas banjir di Perak

 

Seramai 186 mangsa yang terjejas akibat banjir kilat ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini.

Difahamkan, banjir berlaku akibat hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan air memenuhi kawasan penempatan penduduk.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, dua daerah yang terjejas ialah Hilir Perak dan Muallim.

Menurutnya, susulan itu masing-masing satu PPS dibuka di daerah berkenaan setakat malam ini.

“Muallim menempatkan mangsa paling ramai iaitu 168 mangsa daripada 26 keluarga dari Kampung Berop yang ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khair Johari.

“Manakala di Hilir Perak PPS di Dewan Serbaguna Padang Tembak yang dibuka pada 2.30 petang menempatkan 18 mangsa membabitkan empat keluarga daripada Batu 7 1/2 , Lorong Mesra,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut kenyataan itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah berkenaan membuat pemantauan di kawasan terjejas dan setakat ini air didapati masih belum surut.