[Drama] Takdir Yang Tertulis: Ramai betul yang geram semalam..
PENGARAH Shahrulezad Mohameddin sekali lagi berjaya mencetuskan fenomena tersendiri menerusi drama arahannya.
Kali ini, drama 15 episod Takdir Yang Tertulis, yang dibintangi pelakon hebat seperti Nad Zainal, Nazim Othman, Alvin Chong, Elvina Mohamad, Didie Alias, Muaz Fitri dan ramai lagi.
Telah pun melabuhkan tirainya malam tadi, pada Selasa, ramai yang menyukai jalan cerita drama itu yang mengisahkan Juweta yang dicurangi suami dan sahabat baiknya sendiri, Ruhila.
Konflik mula berlaku apabila Juweta mendapat tahu perkara itu selepas tujuh tahun.
Lebih banyak konflik mengenai status sebenar anak lelaki mereka, Mika yang akhirnya menjadi perebutan ramai.
Akhirnya, semuanya menemui tiktik noktah semalam dan Azlan, si suami yang ‘lurus’, sombong dan pentingkan diri sendiri menerima balasan kerana mencurangi isterinya.
Bukan itu sahaja, paling menjadi perhatian adalah plot twist babak akhir yang mendedahkan siapa sebenarnya yang menjadi punca Ruhila hamil.
Ternyata kejutan itu menerima reaksi pelbagai. Ada yang sudah menjangka Hakim adalah bapa sebenar Mika dan tidak kurang juga yang terkejut dengan penamat pilihan Shahrulezad.
Apa yang pasti, pelakon drama berkenaan iaitu Elvina dan Nad juga mengakui tidak mengetahui plot twist itu dan turut terkejut dengan penamat drama berkenaan.
Begitu juga dengan Nazim, yang ‘bengang’ apabila Muaz menjayakan watak Hakim turut merahsiakan babak akhir itu.
Dengan pengakhiran itu, ramai yang mengharapkan Shahrulezad tampil dengan Takdir Yang Tertulis 2 pula. – SP