Dr Rozaimi kongsi 4 peribahasa melayu berkaitan ‘gunung’

Banyak juga peribahasa melayu yang disebut oleh pemimpin kita sekarang. Peribahasa di bawah ini berkaitan gunung selain daripada yang disebut oleh pemimpin kita ini:
1. Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut.
Maksudnya: Membesar-besarkan perakara yang kecil.
2. Tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruti.
Maksudnya: Tidak ada usaha yang tak dapat dikerjakan, asal saja ada kemahuan yang keras.
3. Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.
Maksud: Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berjaya mencapainya kerana kekurangan alat.
Tapi peribahasa paling rare yang saya jumpa ialah:
4. Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka.
Maksudnya: Berhajat kepada sesuatu yang besar, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.
Rujukan: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.
Begitulah indahnya bahasa melayu.
Dr Rozaimi Ramle
Sumber: Dr Rozaimi Ramle