“Done kahwin lagi sekali” – Kongsi gambar atas pelamin, Farah Lee kembali bergelar isteri

“Done kahwin lagi sekali” – Kongsi gambar atas pelamin, Farah Lee kembali bergelar isteri

Selebriti yang juga pempengaruh terkenal Farah Lee menerusi akaun media sosial miliknya berkongsi berita gembira dirinya kini kembali bergelar isteri.

Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu memuat naik gambar memegang jambangan bunga tangan sambil merangkul lengan suaminya bernama Fuad Hashim.

Farah Lee

Tampil manis dalam busana pengantin rona hitam dan biru, penampilannya menarik perhatian apabila memilih sneakers sebagai pelengkap busana pada hari tersebut.

Bekas isteri kepada hos terkenal, Ally Iskandar itu bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut berkenaan majlis pernikahannya.

“Okay done kahwin lagi sekali,” demikian kapsyen yang dimuat naik ibu kepada Maream Esabel itu.

TAU TAU KAHWIN

Perkongsian tersebut meraih perhatian selebriti dan pengikutnya. Rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut kekal ke akhir hayat.

farah

‘Kapsyen dan hashtag tu takut. Barakallahulakuma @farahlee_ dan husband.’

‘Congrats Farah dan suami. Selamat bercinta ke syurga. So happy for you, farah.’

‘Hashtag dia… Okay pelamin kat bangi menanti. So happy for u farruf!!!! Ya Allah sebak.’

farah 1