Doktor baru tamatkan riwayat sendiri, adik dakwa tertekan ditindas ketua jabatan

Doktor baru tamatkan riwayat sendiri, adik dakwa tertekan ditindas ketua jabatan

 

Tular di media sosial apabila seorang pengguna Facebook dikenali YS Tay membuat pendedahan mengejut mengenai kakaknya yang juga doktor tamatkan riwayat sendiri akibat tertekan.

Menurut YS Tay, kakaknya iaitu Dr. Tay Tien Yaa merupakan Keua Unit Patalogi Kimia di Jabatan Patalogi menamatkan riwayat sendiri gara-gara kezaliman ketua jabatan di Hospital Lahad Datu, Sabah.

YS Tay berkata, kakaknya baru sahaja bertugas di pusat rawatan terbabit selama enam bulan bermula 19 Februari lalu.

Bagaimanapun, mereka sekeluarga dikejutkan dengan berita duka daripada pihak hospital dan memaklumkan Dr. Tay dijumpai ‘bunuh diri’ di unit yang disewanya pada 29 Ogos lalu.

“Rakan-rakan sekerjanya memberitahu bahawa beliau seorang yang sangat berdedikasi, bersikap rendah hati dan penuh semangat dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Namun, satu-satunya orang yang menindasnya adalah ketua jabatan yang zalim. Dia menghadapi tekanan dalam memulakan unitnya sendiri sambil menangani beban tugas yang sudah melebihi had,” dakwanya.

Dakwa YS Tay, kakaknya dipercayai diberi bebanan kerja yang banyak merangkumi aspek penyediaan laporan, menghadiri mesyuarat, menguruskan sumber manusia dan lain-lain.

“Cukup tidak bertanggungjawab ketua jabatan. Dia juga merupakan seorang perubatan yang baru dilantik, telah menyalahgunakan kuasanya dan menindas orang bawahan.
“Saya tertanya, kenapa dengan sifat Dr. Tay Tien Yaa yang tidak pernah mengadu akan berlaku tragedi.
“Adakah beliau menangis sendirian setiap malam dalam bilik seseorang? Beliau masih sanggup bertemu dengan ketuanya setiap hari dengan penuh senyuman,”coretnya lagi di Facebook.

Menurut YS Tay lagi, kakaknya baru sahaja mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu dan rela menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) dengan suaminya demi tugas.

Malah, pihak pengurusan juga telah berjanji akan memindahkan Dr. Tay semula ke Semenanjung Malaysia setelah cukup dua tahun beliau berkhidmat di Sabah.

“Adakah kamu sudah sampai syurga, tempat yang kamu inginkan, kakakku?

“Kehilangan beliau bukan sekadar satu tragedi peribadi, tetapi juga satu refleksi terhadap sistem kesihatan yang sedia ada,” coretnya lagi.