Doktor ‘sekolahkan’ netizen perli wanita beranak Czer sebab malas teran

Doktor ‘sekolahkan’ netizen perli wanita beranak Czer sebab malas teran

Pengorbanan seorang ibu yang melahirkan anak secara normal mahupun czer bukanlah perkara yang mudah malah kedua-duanya perlu bertarung nyawa serta menyakitkan.

Pengorbanan seorang ibu yang melahirkan anak secara normal mahupun czer bukanlah perkara yang mudah malah kedua-duanya perlu bertarung nyawa serta menyakitkan.

‘Jangan kata malas nak teran’

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Dr Sandra di akaun TikToknya, dia membalas soalan seorang individu mengenai tanggapan orang lain yang dikatakan selalu merendahkan wanita beranak secara czer.

Lebih menyedihkan lagi apabila ada yang menuduh wanita yang beranak secara czer adalah seorang yang malas untuk meneran anak sendiri. Walau bagaimanapun, Dr Sandra menjelaskan bahawa pembedahan czer merupakan pembedahan yang terbesar bagi para wanita dan boleh menyebabkan kematian.

Parut pembedahan dikatakan akan ada sampai bila-bila, perut menjadi menggelebeh serta sakit pada bahagian perut dan juga pinggang.

Para suami tolonglah sayang isteri, jangan bandingkan dengan mak atau nenek yang tidak ambil epidural atau boleh je lahir secara normal. Jangan kata malas nak teran.

‘Jangan berani merendahkan wanita yang melahirkan secara czer’

@drsandramd

Reply to @mira.art05 C-SECTION is NOT A JOKE! It is a major surgery! XOXO 🧡💋 to all mommies #drsandramd #csection #women

♬ original sound – Sandra Raman MD – Sandra Raman MD

Sumber : drsandramd