Doktor jumpa kesan calar pada kemaluan, suami pengasuh disyaki cabul kanak-kanak 2 tahun

Doktor jumpa kesan calar pada kemaluan, suami pengasuh disyaki cabul kanak-kanak 2 tahun

 

Seorang lelaki didakwa mencabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di rumah pengasuh di Casa View, Cybersouth, Dengkil pada Selasa lalu.

Si kecil mengadu sakit di kemaluan

Menurut Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff, pihak polis menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya berhubung seorang pesakit mengalami kesakitan pada bahagian kemaluannya.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit mengadu sakit pada bahagian tersebut ketika diambil dari rumah pengasuhnya pada jam 6.30 petang.

Ujarnya, ibu mangsa telah diambil keterangan dan mengesahkan bahawa anaknya dihantar ke rumah pengasuh pada hari kejadian. Lebih mengejutkan, si kecil itu memaklumkan suami pengasuhnya telah melakukan perkara terkutuk kepada dirinya.

Suami pengasuh berusia 25 tahun ditahan pada 5 petang hari ini dan suspek adalah pembantu pengasuh serta masih belum mempunyai anak.

Siasatan awal mendapati terdapat kesan calar sepanjang o.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada kesan koyakan. Dalam pada itu, doktor tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada mangsa.

Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.