Doktor berjaya bedah tumor kelenjar air liur seberat hampir 3kg

Doktor berjaya bedah tumor kelenjar air liur seberat hampir 3kg

 

Muat naik milik Doktor Mohd Shaiful Nizam di Twitter menarik perhatian ramai, mana tidaknya foto doktor pakar tersebut bersama tumor kelenjar air liur seberat hampir tiga kilogram itu cukup menggemparkan pengguna media sosial.

Ketumbuhan Kelenjar Air Liur

Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) ini berkongsi pengalaman bahawa selama 11 tahun dirinya bergelar doktor, ini merupakan pertama kali dirinya terlibat dalam pasukan pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan seperti itu.

“11 tahun bergelar doktor, ini kali pertama dalam pasukan pembedahan mengeluarkan ketumbuhan kalenjar air liur seberat hampir 3KG!!” ciapnya

Tumor Hampir 8 Tahun

Berdasarkan perkongsian Doktor Shaiful di Twitter nya, ketumbuhan yang terdapat di bahagian leher pesakit tersebut sudah hampir lapan tahun tumbuh. Pesakit tersebut kemudian membuat keputusan untuk menjalani pembedahan kerana sukar untuk menunaikan solat.

5 Jam Operasi Pembedahan

Menurut Doktor Shaiful, pembedahan yang berjalan selama 5 jam bersama kehadiran Pakar Perunding, Pembedahan Kepala dan Leher, Profesor Razif dan pasukan perubatan yang lain berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi serius.

“Alhamdulillah, dengan kehadiran Pakar Perunding, Pembedahan Kepala & Leher, Prof Razif & pasukan, pembedahan kami selama 5 jam berjaya tanpa sebarang komplikasi yang serius” ciapnya lagi

Dalam pada itu, doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak ini juga menitip pesan kepada orang ramai jika terdapat sebarang ketumbuhan pada mana-mana anggota badan harus segera mendapatkan pemeriksaan pakar dan jangan dibiarkan.