DJ S**** FM dikritik sebarkan mood negatif, ‘body shaming’ & ‘downgrade’ hidup orang lain

DJ S**** FM dikritik sebarkan mood negatif, ‘body shaming’ & ‘downgrade’ hidup orang lain

 

‘Body shaming’ atau ‘downgrading’ selalunya menjadi ‘content‘ yang kerap kali digunakan sebagai bahan jenaka walaupun perkara berkenaan boleh mengguris hati seseorang.

Sama seperti apa yang dikongsikan oleh sebuah stesen radio di mana topik yang dinamakan “Dulu lain sekarang lain!” menceritakan tentang hidup seseorang pada zaman lepas dan waktu sekarang.

Apa yang membuatkan topik itu sensitif apabila penyampai radio dan pendengar turut serta mengata kenalan sesama sendiri dari segi rupa paras mahupun pekerjaan yang dilakukan.

Susulan perkara itu, Dr Syahr Musafir menegur segmen berkenaan yang berlandaskan perkara negatif dan merosakkan ‘mood‘ di awal pagi.

“Dulu masa di sekolah dia cantik, hidung terletak, bla bla.. Tapi hari tu jumpa di stesen minyak, dia tu yang nama Melur tu tegur aku, terkejut… Rupa lain, badan berisi, kerja stesen minyak…”

Begitulah DJ lelaki tu bercerita.

Dibalas dengan cerita oleh DJ perempuan pula, “Dulu di sekolah, lelaki tu paling hebatlah, jawatan Ketua Pengawas, pandai, kitorang rasa dia nanti kerja CEO lah. Sekarang jumpa, dia kerja eksekutif biasa je…”

Kemudian mereka terima panggilan, daripada seorang perempuan, juga bercerita.

“Dulu waktu sekolah, saya kelas hujung. Tak pandai. Ada orang ejek dia, dia kata saya budak tak pandai nanti besar kerja cleaner je… Sekarang saya jumpa dia, dia surirumah je. Belajar pandai tapi tak dapat kerja apa pun sebab anak ramai. Saya bangga saya ni sekarang cikgu…”

Siaran radio terkenal lebih kurang jam 7.45 pagi tadi, berkisarkan topik “Dulu lain sekarang lain!”

Disebabkan DJ-DJ itu bercerita pasal benda negatif, pemanggil pun cerita negatif. Bukan negatif je, tetapi lengkap dengan body shaming, menghina pekerjaan dan memburuk-burukkan ‘kawan sekolah’ sendiri.

Tak elok tau.

Awal pagi dah beri mood negatif kepada para pendengar. Saya pula biasanya dengar radio lain, tiba-tiba pagi tadi terdengar siaran radio S**** FM pulak, memang memburukkan mood. Geram nak marah pun ada.

Kepada DJ dan pemanggil tu saya nak share pesanan; Kita ni kalaupun ada segala-galanya seperti kejayaan pendidikan, rupa paras yang elok, populariti, kekayaan harta, pekerjaan yang baik atau apa saja, jangan kita lupa semuanya pinjaman Allah saja. Allah boleh tarik semuanya pada bila-bila masa dan sekelip mata saja. Mungkin nak bercerita saja-saja dan suka-suka, tetapi cara dan nada bercerita tu ehhhhh tak boleh ke kalau mood tu elok-eloklah sikit? Awal pagi pula tu kan.

Pekerjaan cikgu adalah mulia, tetapi cikgu kena ingat ‘pekerjaan’ surirumah juga adalah mulia. Tak ada kekurangan atau kehinaan pun pada kerjaya sebagai surirumah. Ada orang berkualifikasi PhD sebelum umur 30 tahun dan bergelar doktor tetapi memilih untuk jadi surirumah tau.

Dan ada surirumah, dia mempunyai pendapatan berpuluh ribu sebulan hingga ratusan ribu sebulan pada masa sama dapat jaga, ajar dan didik sendiri anak-anaknya tanpa perlu bayar sesen pun kepada cikgu-cikgu tadika tau.

Ada surirumah, dulu dia berpendidikan tinggi dan kerja gaji tinggi tetapi berhenti kerja untuk jadi surirumah dan sekarang hanya bergantung pada pendapatan suaminya seorang guru. Dia nak jaga ibu dia yang sakit, terlantar dan tak boleh gerak. Memang la orang tipikal akan nampak dia macam tak berjaya dan tak kaya tetapi percayalah hidup dia tenaaaaaaang je sebab dia berbakti kepada ‘syurga dia’ iaitu ibu dia kan… Seronok hidup dia.

Dan kepada DJ, orang gemuk ke, kurus ke, kulit kusam ke, kulit cerah, kerja eksekutif ke, kerja CEO ke, ehhhh apa salahnya?

Saya ada kawan, dulu masa sekolah rendah dia orang miskin tetapi rajin gilerrrrr belajar. Saya tanya “Kenapa kau rajin belajar?”

Dia jawab, “Mak aku suruh belajar supaya aku boleh dapat pekerjaan yang baik nanti besar dan ubah nasib keluarga..”

Sekarang dia kerja

hebat

, bawa mak dia duduk sekali dengan dia, dan sekarang kalau mak dia kata “Mak rasa nak pergi jalan-jalan ke luar negara,” dia boleh terus tempah tiket penerbangan pergi Paris ke, New York ke, Australia ke, book hotel dan bayar pakej jalan-jalan peribadi terus pergi minggu depan terus sekeluarga mak dia, dia, isteri dia, 6 anak-anak dia, tanpa perlu fikir panjang dan bayar cash. Nak cakapnya, dia berjaya dan kaya sekarang. Umur sama je macam saya ni.

Hebat

dia. Dulu lain, sekarang lain kan…

Dan saya ada seorang kawan lagi, dulu pemalas gilerrrrrr kalau bercakap dengan dia memang rasa dia macam takde wawasan hidup la. Hahaha saya tak tahu nak describe camne. Sekarang dia rajin gilerrrrr, sangat mesra dan baik, dia jadi petani dan pada masa sama jadi usahawan, pendapatan dia sebulan tak nak la cerita. Dia pernah bayar zakat perniagaan (atau pendapat) RM40ribu, bagi saya nilai ni banyakkkk la, terkejut saya. Dulu lain, sekarang lain.

Cerita la benda positif, adoyaiii takkanlah benda tu pun nak kena ajar.

Tambahnya, segala-galanya, seperti pendidikan, paras rupa , populariti, kekayaan adalah semuanya pinjaman Allah SWT sahaja.

Selain itu, dia juga menyatakan bahawa semua pekerjaan adalah mulia daripada menjadi seorang cikgu sehinggalah suri rumah kerana pekerjaan tersebut tidak ada kekurangan atau kehinaan pada kerjaya itu.

 

Dia juga menerangkan bahawa mempunyai badan yang gemuk, kurus, kulit kusam, kulit cerah, kerja eksekutif ataupun CEO bukanlah suatu masalah tetapi sebaiknya sebarkanlah ‘mood’ positif di awal pagi.