Dituduh telibat dalam pemerdagangan manusia, ini respon Iqbal Zulkefli

Dituduh telibat dalam pemerdagangan manusia, ini respon Iqbal Zulkefli

 

Buat jahat kena kecam, buat baik pun sama juga, itulah yang terjadi kepada usahawan kontroversi bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli setelah mengambil seorang anak angkat lelaki baru-baru ini.

Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, meluahkan rasa sedihnya terhadap segelintir manusia yang menuduh dirinya bukan-bukan selepas mengambil anak angkat.

Di Instagram peribadinya, Iqbal berkongsi sebuah komen dari seorang netizen yang menuduh dirinya melakukan pemerdagangan manusia.

“Sekarang ni mudah sangat ambil anak angkat. Dah macam pemerdagangan manusia secara halal pula”- tulis komen dari Alang Gigih

Tidak berdiam diri, Iqbal membalas komen tidak beradab yang dilemparkan dan dia akui sangat berkecil hati.

“Jarang saya ambil hati tetapi kali saya berkecil hati baca komen ada yang mengatakan ini sebuah pemerdagangan manusia.”- tulis Iqbal di IG Storiesnya

Dalam posting yang berbeza di IG Storiesnya, Iqbal menasihati netizen supaya berhenti mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada anak angkatnya.

“Untuk netizen, katalah, hinalah apa sahaja terhadap saya, saya tidak kisah. Tetapi jangan sesekali keluarkan perkataan tidak baik terhadap anak saya. Itu amat menyakitkan hati saya”- tulisnya lagi.

Setakat ini, Iqbal belum lagi menceritakan proses pengambilan dan kisah di sebalik penyerahan bayi tersebut daripada ibu kandungnya.

Namun menurut tinjauan kami di instagram peserta Big Stage ini, dia sering berkongsi momen manis bersama anak angkatnya itu.