Dituduh dah kenal Shuib ketika arwah Siti Sarah masih hidup, akhirnya Watie tampil dedah bukti

Dituduh dah kenal Shuib ketika arwah Siti Sarah masih hidup, akhirnya Watie tampil dedah bukti

 

Isteri kepada penyampai radio serta pelawak, Shuib Sepahtu menafikan bahawa dia mengenali suami semasa Allahyarham Siti Sarah masih bersama dengannya.

Di laman Instagram Story Watie, dia memuat naik screenshot DM bersama Shuib yang memaparkan tarikh mereka berkenal iaitu pada Disember 2021.

Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah berkata mereka mula berkenalan selepas Shuib bergelar duda.

ig story watie

Kami tak pernah kenal. Dia tackle pun lepas dia menduda.

Dapat dilihat dalam tangkap layar DM itu, Shuib yang memulakan langkah pertama dan meminta nombor telefon Watie untuk berkenalan.

Sekadar info, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.