Dituduh curi pelanggan peniaga lain, Amir Raja Lawak perlahankan bisnes air balang di Perak

Dituduh curi pelanggan peniaga lain, Amir Raja Lawak perlahankan bisnes air balang di Perak

 

Adat dalam berbisnes, ada pasang surutnya. Kadangkala barang niaga laku keras hari ini tetapi esoknya modal pun tak dapat nak ‘cover’.

Ada juga peniaga yang terpaksa berhadapan dengan tuduhan ‘curi pelanggan’ gara-gara berniaga berhampiran dengan peniaga yang lain.

Hal yang sama berlaku kepada usahawan air, Amir Raja Lawak yang mengakui emosinya terganggu oleh sebab berniaga di Perak baru-baru ini.

Kehadirannya ternyata kurang disenangi dan dia dituduh mencuri pelanggan peniaga-peniaga yang lain.

Amir

Dalam satu video temu ramah Amir bersama wartawan mStar di Facebook, satu tangkap layar mesej daripada seorang individu telah menegur Amir yang didakwa menjadi punca perniagaan mereka tidak untung di Kamunting, Taiping.

Kami meniaga untung bersih RM30-40. Tapi bila Amir mai Kamunting, kami tak ada income harian. Makan pun kurang. Dengan musim hujan lagi.

Gara-gara isu itu, Amir berkata dia memilih untuk tidak membuat jualan di negeri berkenaan dalam masa terdekat ini walaupun mendapat sambutan memberangsangkan.

“Sebenarnya ada la juga rasa down bila jadi macam tu tapi tak ada la teruk sangat, macam lebih kepada mengeluh kecil (alamak kenapa jadi macam ni).

“Saya datang kejap je kot tapi kenapa jadi macam ni cumanya selepas solat dan berdoa tu saya jadi tenang dan okay semula.

“Untuk pergi semula mungkin tidak rasanya untuk masa terdekat ini sebab saya dah pergi dua kali ke sana, kalau kerap ke sana nanti orang bosan pula jadi bagi orang rindu la nanti,” katanya kepada mStar.

Tambah Amir, walaupun isu ini berlaku, ramai pelanggan memberi sokongan terhadapnya dan berpesan untuk datang lagi berniaga di tempat itu.

Dia walau bagaimanapun mengambil keputusan untuk slow down terlebih dahulu bisnes airnya di tempat tersebut namun akan kembali berniaga semula pada tahun yang akan datang.

Di ruangan komen dalam hantaran itu, ramai netizen memberi sokongan kepada Amir dan mendoakannya murah rezeki.

Amir 1 Amir 3 Amir 4

Takpe Amir… rezeki Allah kan luas!