Dituduh ambil RM30,000 masuk poket sendiri, Syed Saddiq tuntut permohonan maaf dari ‘Nor Aniza’

Dituduh ambil RM30,000 masuk poket sendiri, Syed Saddiq tuntut permohonan maaf dari ‘Nor Aniza’

 

Saya memang serius menguruskan wang. Siapa yang kenal saya, tahulah macammana saya teliti uruskan perbelanjaan. Lagi-lagi kalau itu wang dari sumbangan rakyat.

Posting Nor Aniza adalah satu FITNAH dan cubaan untuk memburukkan usaha MUDA membantu mangsa banjir.

FITNAH 1- Nor Aniza fitnah saya salah guna dan masukkan RM30,000 sumbangan misi banjir ke dalam poket saya sendiri. Ini jelas fitnah dan salah.

FITNAH 2- Nor Aniza fitnah saya cuba mark up harga sumbangan bantuan kepada mangsa banjir.

Biar saya terangkan kenapa posting Nor Aniza ini adalah satu fitnah.

  1. Kalau tengok nota saya untuk membeli bantuan banjir, boleh nampak Toto(30), Selimut(20), Tikar(150) dan lain-lain. Angka itu bukannya jumlah penerima. Itu adalah ANGGARAN HARGA.

Maksudnya, kita anggarkan Toto berharga RM30/unit, Selimut RM20/unit, Tikar RM150/unit.

  1. Waktu saya di PPS SK Kampung Tengah, team saya buat kiraan ada 144 orang yang perlu bantuan. Jadi, untuk setiap unit itu, kita kena beli 144 unit.

Ini anggaran kiraan yang kami buat.

  1. Toto RM30 x 144 = RM4,320
  2. Selimut RM20 x 144 = RM2,880
  3. Tikar RM150x144 = RM21,600
  4. Kain batik RM20 x 144 = RM2,880
  5. Kain pelikat RM20 x 144 = RM2,880
  6. Alat2 pembersihan RM150 x 144 = RM22,500
  7. Getah hos RM100 x 144 = RM14,400
  8. Water jet RM400 x
  9. Beras RM30 x 144 = RM4,320
  10. Duit minyak +- RM2000

TOTAL RM74,900

Jadi, betullah apabila saya anggarkan jumlah pembelian adalah RM75,000~. Apa yang salahnnya?

  1. Setiap transaksi dan urusniaga MUDA untuk Misi Banjir ini sentiasa direkod dan akan melalui proses AUDIT. Resit kami simpan, senarai pembelian semua kami ada.

MUDA is an open book.

Saya serius dalam hal ini. MUDA dah bantu mangsa banjir dari Hari Pertama.

Kalau Nor Aniza nak persoal, boleh tanya dulu. Saya buka juga Command Centre Misi Banjir MUDA di PJ dan mana-mana tempat MUDA turun ke lapangan untuk Nor Aniza tengok setiap urusan kami.

Jadi, saya minta Nor Aniza untuk tarik semula posting fitnah dan buat permohonan maaf secara terbuka kepada saya dan MUDA sebelum pukul 3 petang 28 Disember 2021.

Jelas ini salah dan cuba untuk memburukkan usaha MUDA kepada orang ramai.

Tolong sampaikan kepada Nor Aniza.

Syed Saddiq