Dituduh ada skandal songsang, lelaki tampil jelaskan punca tutup lampu bila bersama isteri
Menunjukkan reaksi rimas apabila disentuh, harus padamkan lampu ketika melakukan hubungan ranjang dan semakin jarang tidur bersama rupanya menjadi petanda suaminya tidak bernafsu kepada perempuan.
Itulah luahan yang sempat didedahkan oleh seorang influencer Indonesia bernama Meylisa Zaara.
Meylisa pernah tangkap suami & skandal sejenis check-in…Temui mesej ‘sayang’
Baru 2 bulan berkahwin, hatinya retak seribu setelah mengetahui Rizka Khoirul Atok rupanya menjalin hubungan songsang dengan seorang rakan lelaki yang dipercayai berprofesi sebagai doktor estetik.
Meylisa sudah membuat tuntutan cerai di mahkamah, Rizka pula enggan memberikan kerjasama yang baik.
Namun dalam sebuah temubual khas terbaru, Rizka akhirnya muncul berklarifikasi dan menafikan tuduhan dirinya adalah golongan ‘pelangi’.
Apa sahaja yang diungkapkan oleh Meylisa, saya bentah semuanya
Berkenaan kewujudan mesej mesra, Rizka berkata doktor itu hanyalah teman dalam circle sahabat rapat.
Dipanggil dengan gelaran B, Rizka tegaskan hubungan mereka tak lebih daripada seorang kawan.
Tentang panggilan ‘sayang’ dan kandungan mesej ‘rindu’, dia menyifatkan ia bukanlah hal yang menjijikkan meskipun mereka sama-sama lelaki.
Hal ini kerana, katanya dia dengan rakan lain termasuk perempuan turut gunakan gelaran sama.
@keluargakecildijerman01 nahhh panjang kan #drrichardlee #meylisazaara27
@keluargakecildijerman01 Replying to @almahdi311 kata sicoeok wajar di dalam circle nya😂#meylisazaara27 #drrichardlee #rkatok
Kenapa harus gelap? Saya lebih suka gelap samar-samar
Bercakap tentang adegan tutup lampu ketika ‘berasmara’ dengan Meylisa, lelaki kacak itu jelaskan setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk membangkitkan suasana.
Hakikatnya bukanlah gelap gelita, sebaliknya mereka akan membiarkan pintu terbuka dengan cahaya malap lampu di ruangan lain.
Tatkala Meylisa mampu menyertakan bukti, lelaki ini enggan menunjukkan bukti atas alasan ada privasi yang perlu dijaga.
Namun apa sahaja tuduhan yang dilemparkan, dia mendakwa miliki bukti kukuh untuk pertahankan diri.
Hingga sekarang, usahawan ini masih tidak tahu apakah motif isterinya dedahkan aib rumah tangga mereka kepada umum.
@keluargakecildijerman01 Replying to @bugentul mukanya rk berubah Pas drrichardlee bilang berhasil dm’an #rkatok #drrichardlee #meylisazaara27
@keluargakecildijerman01 Replying to @tia120800 malah dia ngerasa paling kuat di ranj4ng😂 #meylisazaara27 #drrichardlee #rkatok