Dituduh acah-acah kerja keras, padu Puteri Sarah bidas ‘Mastura’

Dituduh acah-acah kerja keras, padu Puteri Sarah bidas ‘Mastura’

 

Pelakon dan usahawan cantik, Puteri Sarah Liyana sekali lagi dicuit oleh individu yang dikenali sebagai Mastura di Instagaramnya.

Menerusi hantaran Sarah, dia memuat naik fotonya beserta kapsyen mengenai kekuatan diri untuk terus berjaya.

Namun, muncul akaun Instagram yang bernama Mastura meninggalkan komen ‘bitter’ terhadap Sarah dengan menyatakan dia acah bekerja keras sedangkan telah mendapat nafkah ribuan ringgit.

“Dapat nafkah berbelas ribu pun konon konon terpaling work hard,” tulis individu itu.

Tidak berdiam diri, Sarah membalas komen individu itu dengan sindiran yang menyatakan kegilaan individu itu semakin terserlah beserta tanda pagar.

“Gilamu semakin menyerlah sis #tanjungrambutanmari,” bidasnya.

Puteri Sarah Mastura

Sebelum ini, Sarah memaklumkan sering diganggu oleh individu bernama Mastura ini sejak Ogos lalu dan telah mengetahui siapa individu sebenar disebalik akaun palsu tersebut.