Disangka taman perumahan, rupanya tanah perkuburan!

Disangka taman perumahan, rupanya tanah perkuburan!

 

Baru-baru ini, sebuah video perkuburan di Palopo, Sulawesi Selatan, Indonesia telah menjadi perhatian ramai kerana ia dibina seperti kawasan perumahan tempat tinggal penduduk.

Memang jika dilihat dalam video itu pasti ada yang menyangka kawasan itu adalah kawasan perumahan penduduk. Namun, ia sebenarnya tempat perkuburan.

Video tanah perkuburan unik itu telah dikongsikan oleh akaun TikTok badar1015 lima hari lalu dan sehingga kini ia telah meraih lebih 18 juta tontonan daripada warganet.

@badar1015

Komplek rumah ❌ kuburan elit ✅ #palopo #kuburan

♬ suara asli – Yurika naura – Yurika naura

Dalam video yang berdurasi selama lebih seminit itu, dapat dilihat pemilik video itu merakamkan suasana di perkuburan yang dibina seperti di kawasan perumahan itu.

Difahamkan, kawasan perkuburan itu dipercayai merupakan tanah perkuburan penganut agama Kristian berdasarkan lambang salib yang ada pada luar setiap binaan kubur itu.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang berpendapat mungkin perkuburan yang dibina seperti rumah itu memang adat penduduk di kampung terbabit.

6
5