Disangka surat cinta biasa, rupa-rupanya terselit unsur lucah!

Disangka surat cinta biasa, rupa-rupanya terselit unsur lucah!

 

Ternyata mendidik anak-anak yang kian membesar bukanlah perkara yang mudah. Tambah pula dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, mereka lebih mudah terdedah dengan paparan-paparan yang melangkaui usia mereka.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh ibu ini apabila anaknya mendapat surat cinta dari murid lelaki di sekolah. Disangka surat cinta biasa, rupa-rupanya….

ANAK DARJAH 3 DAPAT SURAT CINTA, TAK SANGKA ‘SELIT’ UNSUR LUCAH!

Menerusi perkongsian Tiktok seorang ibu bernama @ammi.miazil_kaklong ini, dia berkongsikan kisah bahawa anaknya yang berada di darjah tiga sekolah rendah mendapat surat cinta dari seorang murid lelaki. Disangka hanya surat cinta biasa, ibu ini terkejut apabila membaca isi di dalam surat tersebut ‘terselit’ unsur lucah!

Jadi aku pun cepat-cepat bagitau guru kelas anak aku dengan harapan cikgu dapat pantau & nasihat budak tu dan yes aku minta cikgu bagitau juga parents budak tu. Sebab kita tak tau apa yang dia nampak atau tengok di rumah. Mia memang dah dididik setiap masa tentang batas pergaulan ni dari tadika lagi.

Dia memang akan report kat mummy dia kalau ada benda-benda pelik camni. Aishhh la budak-budak zaman sekarang ni risau betul. Ye betul Mia cantik macam mummy dia sebab ramai peminat.

@ammi.miazill_kaklong

Jd aku pun cepat2 bgtau guru kelas anak aku dgn harapan cikgu dpt pantau & nasihat bdk tu. & yes aku minta ckgu beritau jg parents bdk tu. Sbb kita xtau apa yg dia nmpak atau tgk di rumah. Mia mmg da dididik setiap masa ttg batas pergaulan ni dri tadika lagi. Dia mmg akan report kat mummy dia klu ada benda2 pelik camni. Aishhh la bdk2 zmn skrg ni risau btul. Ye btul Mia cantik mcm mummy dia sbb ramai peminat 😅

♬ Oh No – Kreepa

“JUMPA PARENTS BUDAK TU DIRECT”

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai dalam kalangan warganet yang terkejut dengan tindakan budak bernama Anaqi tersebut. Apa yang dinasihatkan adalah supaya berjumpa terus dengan mak ayah budak tersebut supaya perkara dapat diselesaikan dengan cepat dan mendapat kepercayaan antara dua belah pihak.

*Mak ayah kena hati-hati tau. Pastikan anak selalu cerita perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka kepada kita.