Dipopularkan Elon Musk, Internet Starlink dijangka bakal ditawarkan di Malaysia seawal 2022

Dipopularkan Elon Musk, Internet Starlink dijangka bakal ditawarkan di Malaysia seawal 2022

Bermula dengan sekadar idea, siapa sangka idea yang disebutkan berjaya menjadi kenyataan apabila negara Amerika Syarikat dan Kanada berjaya menjadi negara terawal menerima internet Starlink secara public beta pada Oktober 2020 lalu.

ezgif-4-e34feb41ab6b

STARLINK KIT. SUMBER: LOWYAT.NET

Terbaharu, laman Lowyat memaklumkan Starlink dijangka menawarkan servis mereka di Malaysia. Walau bagaimanapun, para pengguna berkemungkinan terpaksa menunggu sehingga tahun 2022 sebelum servis ini dapat digunakan.

Dari segi bayaran, Starlink sedia menerima deposit serendah $99 (~RM401) untuk mendapatkan Starlink Kit apabila servis ini mulai ditawarkan di Malaysia. Sebagai perbandingan, harga penuh bagi Starlink Kit di Amerika Syarikat ditawarkan dengan harga sekitar $499 (~RM 2,022) tidak termasuk cukai dan kos pengeposan.

ezgif-4-9986c0934d3a

SUMBER: LOWYAT.NET

Starlink sewaktu ini menjanjikan kelajuan internet sekitar 50Mbps sehingga 150Mbps. Dalam pada itu, syarikat ini sedia untuk meningkatkan lagi kelajuan internet kepada 300Mbps pada masa akan datang.

Pastinya agak menarik apabila para pengguna berpeluang menggunakan internet yang pantas terus melalui satelit. Sekiranya Starlink mampu menawarkan penawaran harga yang kompetitif, pastinya jenama ini bakal menjadi pilihan orang ramai seluruh dunia. – TV