Dipantau anggota keselamatan ketika tonton wayang cetus pelbagai reaksi

Dipantau anggota keselamatan ketika tonton wayang cetus pelbagai reaksi

Ketika ini, pawagam sudah dibenarkan beroperasi dan ramai sudah mula ke pawagam terdekat untuk menonton filem-filem baharu. Akan tetapi, tular beberapa keping gambar di pawagam yang menjadi buah mulut netizen.

Mana tidaknya, beberapa keping gambar yang menunjukkan anggota keselamatan berada di pawagam untuk mengawal dan memastikan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dijalankan telah mengundang pelbagai reaksi netizen.

Perkongsian gambar oleh pengguna Twitter @shahfahzan berjaya menarik perhatian ramai. Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan ada yang mengatakan berasa cuak dijaga oleh anggota keselamatan.

Bukan itu sahaja, dapat dilihat komen netizen yang cukup menggelikan hati dan ‘overthinking’ disebabkan anggota keselamatan yang mengawal di sekitar pawagam.

 

Apa pendapat anda selepas melihat anggota keselamatan berjaga di pawagam? Sudahkah anda menonton wayang selepas pawagam dibuka semula? – TV