Dilaporkan harga perkhidmatan, penginapan di pulau peranginan bakal naik 30%

Dilaporkan harga perkhidmatan, penginapan di pulau peranginan bakal naik 30%

 

Ketidaktentuan ringgit Malaysia sedikit sebanyak, akan memberi kesan kepada operasi perniagaan negara. Situasi itu berpotensi meningkatkan kos perbelanjaan operasi mereka, dan perkara itu bakal memberi kesan kepada tawaran harga buat pengguna.

Ketika ini segelintir lokasi penginapan, perkhidmatan di pulau peranginan meramalkan akan berlakunya peningkatan harga sehingga 30% dan antara lokasi terlibat adalah di Kuala Terengganu.

Kenaikan kos itu telah didasari akan beberapa aspek seperti pertambahan pelancong asing kelak – memerlukan pengusaha mengekalkan kualiti perkhidmatan mereka. Ini secara langsung memerlukan pertambahan kos.

Selain itu, mengikut laporan Utusan – pengusaha dan Persatuan Hotel Malaysia peringkat negeri turut mengakui dengan menaikkan harga perkhidmatan ia juga membantu pengusaha menampung kembali kerugian yang dialami sebelum ini dan menjamin kelangsungan operasi mereka.

Ini kerana walaupun, pelancong asing dibenarkan masuk ke negara tetapi perolehan keuntungan kekal berisiko. Di mana semua pihak masih lagi berhati-hati dan mengehadkan perjalanan mereka kerana bimbang akan tahap kesihatan persekitaran.