Dikecam makan isi ikan mentah yang masih berdarah, gadis ini tampil beri penjelasan

Dikecam makan isi ikan mentah yang masih berdarah, gadis ini tampil beri penjelasan

 

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sorang gadis dengan selambanya memakan isi ikan mentah di atas motosikal tanpa menunjukkan rasa geli atau mual. Namun begitu, video berkenaan mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Selamba makan ikan mentah

Video berkenaan dimuat naik oleh seorang pemuda dikenali seabgai Fiqhrul Annuar yang dipercayai adalah teman lelaki kepada gadis tersebut. Lebih mengejutkan lagi apabila, gadis berkenaan memakan isi ikan tersebut tanpa ada sebarang reaksi di mukanya.

Awek kau cantik? Makan ikan mentah tak? Tak? Hm leblew.

Video yang meraih lebih satu juta tontonan itu mendapat pelbagai komen negatif daripada warganet yang kebanyakannya berasa geli dan jijik dengan tindakan gadis tersebut.

Tampil mohon maaf

Walau bagaimanapun, gadis tersebut dikenali sebagai Nurin tampil memohon maaf kepada orang ramai atas tindakannya serta mengatakan dia hanya mengambil bahagian yang bersih sahaja dan sudah membasuhnya.

Assalamualaikum hai saya Nurin, budak yang sempat tular semalam yang makan ikan mentah tu. Dekat sini saya nak minta maaf mungkin orang geli tengok cara saya makan makanan yang macam tu kan sebab benda tu pun kotor. Ya saya tahu tapi saya ambil part yang bersih lepas tu basuh dan baru makan.

Tapi saya still setuju dengan korang yang mana cakap masih kotor walaupun dah basuh. Saya pun banyak terima komen dari Facebook yang kata saya ini kejar glamour sampai sanggup tunjuk kebodohan diri dengan makan benda-benda macam tu dan tak ingat kesihatan diri.

Ujarnya lagi, dia memaafkan kepada individu yang memberi komen negatif kepadanya dan berharap tiada lagi orang menuduhnya ‘membela’ makhluk halus kerana risau ia akan jatuh fitnah.

So untuk yang komen negatif saya maafkan. Saya ikhlas maafkan. Untuk yang komen positif, terima kasih dan saya akan perbaiki diri saya dan cuba ubah cara pemakanan saya. Harap korang tak ada cakap lagi yang saya ‘bela’ lagi sebab tak nak korang jatuh fitnah. Benda tu tak betul. Saya percaya dekat dunia ni bukan saya sorang je makan macam tu.

‘Kadang terfikir dia ni orang ke bukan’

@fiqhrulannuar_

kadang terfikir dia ni orang ke bukan 😳 #fyp #fypシ

♬ Dj BonBon Remix – 𝐅𝐡𝐚𝐚 || • 𝙉𝙋™

@fiqhrulannuar_

nah guysekk #fyp #fypシ @y1nnnn

♬ original sound – Fiqhrul Annuar – Fiqhrul Annuar