Dikecam jemput ‘Hot Daddy’ dalam sesi podcast, Youtuber tampil beri penjelasan – “Pahit manis memang kena telan”

Dikecam jemput ‘Hot Daddy’ dalam sesi podcast, Youtuber tampil beri penjelasan – “Pahit manis memang kena telan”

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai tindakan influencer Bros Gang TV yang membawa tertuduh kes persundalan di media sosial yang dikenali sebagai Hot Daddy sebagai tetamu jemputan ke Podcast mereka.

Netizen tampil mempersoalkan keperluan BGTV menjemput lelaki itu yang secara terang-terangan terlibat dalam aktiviti persundalan dan zina di media sosial malah telah pun didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut.

Pertahan tindakan jemput tertuduh kes persundalan

Meskipun dikecam, influencer tersebut tampil membuat kenyataan berbaur mempertahankan tindakan mereka menjemput tertuduh kes persundalan tersebut.

Kata BGTV, podcast yang dianjurkan mereka adalah berkonsepkan realiti kehidupan dan akan terus menentang mereka yang melakukan perkara tidak bermoral.

Untuk pengetahuan semua, BGTV tidak pernah menyokong mana mana pihak yang melakukan perkara yang tidak bermoral. Malah, BGTV melawan dan mencegah perkara-perkara tersebut.

Brosgang

Di dalam podcast tersebut, beberapa perkara yang telah berlaku. Perdebatan yang hebat telah berlaku antara kami dan tetamu. BGTV adalah satu platform reality showcase. Maka segala video yang dikeluarkan berdasarkan realiti kehidupan.

“Pahit manis memang kena telan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati.” jelas mereka lagi.

Meskipun penjelasan telah dibuat, masih ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan BGTV yang seolah-olah menjana keuntungan di sebalik konon-konon ingin memberi ‘awareness’ kepada orang ramai.

Namun ada juga yang bersetuju dengan alasan influencer terbabit menjemput lelaki berkenaan ke ‘podcast’ tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.