Dihukum mati, ketua Yakuza beri amaran kepada Hakim Mahkamah

Dihukum mati, ketua Yakuza beri amaran kepada Hakim Mahkamah

 

Seorang ketua kongsi gelap Jepun yang terkenal, Yakuza telah dijatuhkan hukuman mati oleh hakim mahkamah tempatan pada hari Selasa atas tuduhan menyebabkan kematian tiga orang awam. Setelah dijatuhkan hukuman mati, dia memberi amaran bahawa hakim tersebut akan menyesal seumur hidup dengan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.

Satoru Nomura, 74, ketua Yakuza “Kudo-kai” di barat daya Jepun, menafikan kepada Mahkamah Daerah Fukuoka di atas tuduhan bahawa dia yang mengeluarkan arahan untuk serangan yang membunuh tiga orang awam. Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman mati kepada Nomura walaupun kekurangan bukti secara langsung yang mengaitkan dia dengan jenayah tersebut, manakala orang nombor dua kumpulan itu, Fumio Tanoue, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, lapor ABC.

“Saya meminta keputusan yang adil… Anda akan menyesal seumur hidup,” kata Nomura kepada hakim setelah hukuman dijatuhkan.

Dia didapati bersalah kerana memberi arahan untuk membunuh seorang ketua koperasi nelayan pada tahun 1998. Nomura juga dituduh mengetuai serangan pada tahun 2013 serta 2014 yang membunuh seorang individu dan seorang jururawat. Manakala kejadian pada 2012 yang hampir membunuh seorang pegawai polis yang menyiasat kegiatan haram Kudo-Kai juga berlaku di bawah arahan Nomura.

Pendakwa memberitahu mahkamah bahawa beliau berpendapat bahawa Nomura mempunyai kuasa mutlak dan pengaruh yang kuat terhadap kumpulan tersebut.

Yakuza tumbuh menjadi salah satu kumpulan yang bernilai bilion dolar. Organisasi mafia ini terlibat dalam segala urus niaga, dari dadah dan pelacuran hinggalah peras ugut dan jenayah kolar putih. Tidak seperti kumpulan penjenayah Itali yang dikenali sebagai “Mafia” atau di China yang dikenali sebagai “Triad”, Yakuza sudah lama membina tapak di wilayah-wilayah di sekitar Jepun dan setiap kumpulan mempunyai markas sendiri yang jelas dapat dilihat oleh pegawai polis.

Sumber: Vocket