Difitnah buat hantaran ‘takziah’ sempena hari pertabalan Agong, RTM buat laporan polis & SKMM

Difitnah buat hantaran ‘takziah’ sempena hari pertabalan Agong, RTM buat laporan polis & SKMM

 

Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam memaklumkan bahawa pihak mereka telah membuat laporan polis kerana menjadi mangsa fitnah di laman Facebook.

Difahamkan, ia berpunca daripada dakwaan RTM membuat hantaran ‘takziah’ di Facebook sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Sabtu lalu.

RTM alih bahasa takziah pertabalan Agong

Hantaran asal dalam bahasa Melayu itu dilaporkan telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris secara automatikoleh Facebook.

RTM Tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris. Apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM ialah terjemahan secara automatik oleh sistem Facebook.

Jika pengguna mengaktifkan terjemahan secara automatik, maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul. Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook adalah salah.

RTM tidak memuat naik sebarang kandungan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

RTM pada awalnya menggunakan ayat ‘junjung kasih’ namun dialih bahasa kepada ‘condolences’ oleh Facebook.

Syarikat penyiaran itu kemudian membuat laporan polis dan pihak SKMM juga telah menghubungi META Facebook bagi membetulkan terjemahan yang tersilap itu.