Didakwa tertekan kena sediakan hantaran RM150K buat bakal suami, gadis bunuh diri dalam almari bilik hotel

Didakwa tertekan kena sediakan hantaran RM150K buat bakal suami, gadis bunuh diri dalam almari bilik hotel

 

Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Indonesia.

Bakal pengantin gantung diri

Memetik laporan media Indonesia, mangsa yang dikenali sebagai Shintia Indah Permatasari berusia 25 tahun ditemui tergantung di dalam sebuah almiri di sebuah bilik hotel pada 13 November lalu.

Penemuan mayat mangsa hanya disedari oleh pekerja hotel selepas merasa pelik wanita itu tidak mendaftar keluar dari hotel terbabit meskipun sudah lewat dua jam.

Susulan daripada itu, pekerja hotel nekad memasuki bilik tersebut menerusi tingkap untuk memeriksa keadaan Shintia.

Namun alangkah terkejutnya apabila mereka melihat tubuh badan Shintia sudah terkulai di dalam almari. Hasil bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan.

Pihak polis percaya, kematian Shintia tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan yakin kemungkinan besar Shintia membunuh diri.

Difahamkan, Shintia bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan malah segala persiapan termasuk foto pre-wedding dan goodies untuk diberikan kepada para tetamu.

Dalam pada itu, ada dakwaan mengatakan bahawa pernikahan tersebut dibatalkan kerana tidak mendapat restu keluarga.

Malah ada spekulasi mengatakan bahawa pihak keluarga lelaki meminta Shintia menyediakan wang hantaran sebanyak RM150,000.

Difahamkan dalam adat daerah Pariaman (Padang, Indonesia) khusus di kalangan masyarakat Bugis, perempuan harus menyediakan hantaran buat lelaki dan ianya harus mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.