Didakwa sepakat dengan madu untuk failkan cerai terhadap Datuk Red, ini respon Adira Suhaimi

Didakwa sepakat dengan madu untuk failkan cerai terhadap Datuk Red, ini respon Adira Suhaimi

Penyanyi Adira Suhaimi hari ini tampil memberi penjelasan mengenai satu dakwaan yang mengatakan dia ada berpakat dengan madu, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim untuk bercerai dengan suami, Datuk Red.

Dia yang ditemui media di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pagi tadi memberi jawapan ‘no comment’ dan menyerahkan segala urusan kepada pihak mahkamah.

Difahamkan, penyanyi itu hadir ke mahkamah bagi mendengar laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan hasil keputusan memutuskan untuk melanjutkan kes kepada proses Hakam pada 24 April 2024 nanti.

Ditanya mengenai persiapan hari raya bersama Datuk Red memandangkan mereka masih lagi bergelar suami isteri, Adira berkata dia lebih mengutamakan perihal anak-anak berbanding dirinya.

Perkara ini rumit, sebab dia masih lagi berstatus suami saya. Namun saya tidak akan mengetepikan perasaan anak saya untuk beraya dengan bapa mereka.

Walaupun nanti masih berpuasa dan beraya bersama, tetapi saya tidak akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri sepenuhnya sepanjang proses perceraian.

Terdahulu, Datuk Red atau nama sebenarnya Muhammad Akmal Azman turut hadir ke mahkamah bagi urusan yang sama dan memaklumkan dia ada menerima permohonan cerai daripada isteri, Sharifah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.

Sekadar info, Datuk Red dan Adira telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.