Didakwa mahu kahwinkan Aliff Aziz & Ruhainies di Thailand, ini respon Siti Hafiza
Nama pelakon dan penyanyi Aliff Aziz masih lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial malah pelbagai spekulasi dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, ibu Aliff iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa terkilan dan kurang senang dengan fitnah tidak berasas yang dilemparkan segelintir individu.
Dalam hantaran tersebut, Siti Hafiza atau nama lengkapnya Siti Hafizah Sheikh Mohamad memberi penjelasan berhubung dakwaan dirinya bercadang untuk mengahwinkan anak lelakinya itu dengan aktres, Ruhainies.
Disertakan dengan paparan skrin berita tersebut, Siti Hafiza menafikan dakwaan tersebut selain meminta agar individu tidak bertanggungjawab itu agar berhenti mereka cerita dan menabur fitnah tentang anak dan keluarganya.
Allahuakbar, sudah sudah lah menabur cerita dan fitnah, usah jadi orang suruhan tidak berbaloi di akhirat kelak.