Didakwa ‘kaki perempuan’ & dadah, pelakon lelaki terbabit kes jenayah rogol gadis bawah umur?

Didakwa ‘kaki perempuan’ & dadah, pelakon lelaki terbabit kes jenayah rogol gadis bawah umur?

 

Seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik dalam industri seni didakwa terbabit dengan kes jenayah yang melibatkan kesalahan merogol gadis bawah umur.

Memetik laporan Boom!, pelakon lelaki didakwa merupakan seorang ‘kaki perempuan’ dan terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Bukan itu sahaja, pelakon tersebut didakwa mengambil barang terlarang sehingga ‘high’ di set penggambaran dan rata-rata warga industri hiburan sudah lali dengan sikap pelakon lelaki itu.

Gara-gara ditangkap khalwat ketika bersama gadis bawah umur, pelakon lelaki itu telah ditahan reman di dalam lokap selama beberapa hari dan diikat jamin oleh rakannya yang juga merupakan selebriti terkenal.

Lebih mengejutkan, pelakon lelaki tersebut telah berumahtangga dan disebabkan sikapnya yang ‘kaki perempuan’ itu, isterinya tekad untuk menuntut cerai kerana sudah tidak tahan menanggung derita.