Didakwa hampir 500 juta data pengguna WhatsApp dijual, 11 juta daripadanya dikatakan pengguna Malaysia

Didakwa hampir 500 juta data pengguna WhatsApp dijual, 11 juta daripadanya dikatakan pengguna Malaysia

 

Berdasarkan kepada laporan oleh laman Cybernews, seseorang didakwa menjual nombor telefon terkini yang dianggarkan berjumlah hampir 500 juta pengguna WhatsApp.

Sampel data yang disiasat oleh Cybernews mungkin mengesahkan dakwaan itu adalah benar.

Set data itu didakwa mengandungi data pengguna WhatsApp dari 84 buah negara.

Ia meliputi data dari 32 juta pengguna WhatsApp di Amerika Syarikat, 45 juta dari pengguna Mesir, 29 juta dari pengguna Arab Saudi, 20 juta dari data pengguna Perancis dan 20 juta data dari pengguna WhatsApp di Turki.

Selain itu, set data yang dijual itu juga didakwa mempunyai hampir 10 juta nombor telefon pengguna di Rusia dan lebih 11 juta dari rakyat UK.

Jadual di bawah menunjukkan jumlah data pengguna WhatsApp yang terjejas dengan isu ini.

WhatsApp leak

Penggodam yang memberitahu Cybernews berkata bahawa mereka menjual set data AS dengan harga $7,000 (~RM31,325), UK – $2,500 (~RM11,187), dan Jerman – $2,000 (~RM8,950).

Tambah pihak penjual tidak menyatakan bagaimana mereka memperoleh pangkalan data tersebut tetapi menyatakan mereka “menggunakan strategi mereka” untuk mengumpul data dan memberi jaminan kepada Cybernews bahawa semua nombor dalam contoh adalah milik pengguna WhatsApp yang aktif.